Tabung Haji lancar Tabung Nikmatul Khair
MEKAH: Tabung Haji (TH) melancarkan Tabung Nikmatul Khair (nikmat kebaikan) untuk membolehkan petugas Haji musim 1444 Hijrah menyalurkan sumbangan kepada jemaah Haji Malaysia.
Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata inisiatif itu bagi memberi peluang kepada petugas melakukan infak sebagai tanda kesyukuran kerana dapat hadir ke Tanah Suci bersama jemaah Haji negara.
“Kita nak bagi balik apa yang dah kita terima dari segi peluang datang ke sini, kita ada sedikit bayaran elaun. Rezeki yang kita dapat ini nak kongsi bersama, insha-Allah berlipat kali ganda pahala“, katanya kepada BERNAMA selepas majlis perhimpunan petugas dan pelancaran tabung berkenaan di Mekah.
Beliau berkata pihaknya bercadang mengagihkan sarapan pagi kepada jemaah Haji negara seperti dilakukan tahun lepas, atau membantu mereka yang memerlukan dari segi membayar upah melontar di Jamrah di Mina, bergantung kepada hasil kutipan tabung berkenaan.
Katanya, inisiatif itu dimulakan pada 2018 dengan agihan makanan kepada jemaah luar negara dibuat untuk dua tahun berturut-turut, hasil sumbangan wang tunai yang dikumpul.
Dalam pada itu, ketika berucap pada majlis berkenaan, Syed Saleh berkata berdasarkan program ziarahnya ke penginapan jemaah Haji, rata-rata mereka berpuas hati dengan perjalanan Haji setakat ini, sekali gus mencerminkan perancangan yang teratur TH dan komitmen 670 petugas haji kali ini.
“Kita impikan tahun ini menjadi tahun terbaik perkhidmatan kepada jemaah Haji yang pernah kita berikan berbanding tahun-tahun sebelum ini“, katanya.
Jemput sertai Program Korban bersama MAPIM Malaysia tahun 2023/1444H ini
Mengapa MAPIM Malaysia?
✅ Keutamaan edaran daging korban untuk Asnaf dalam Malaysia
✅ Pengalaman korban 10 tahun di dalam & di luar negara
✅ Diiktiraf Kerajaan Malaysia dalam aktiviti kemanusiaan dalam negara
✅ Sijil Penyertaan Korban dipos kepada peserta
✅ Plaque ditulis nama sebagai cenderahati
✅ Video Ibadah korban eksklusif
InshaAllah ibadah korban yang dilakukan dengan penuh ketakwaan dan keikhlasan akan mendapat ganjaran besar yang berlipat ganda daripada Allah SWT.
Aisyah ra, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda; “Tidak ada amalan anak Adam daripada amal di hari Raya Udhiyah yang lebih disukai oleh Allah daripada mengalirkan darah binatang korban. Sesungguhnya ianya akan datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya dan rambutnya serta kuku-kukunya dan sesungguhnya darah korban akan diterima oleh Allah sebelum daripada menitisnya darah korban di bumi.” (Diriwayatkan oleh At Tarmidzi)
Untuk maklumat lanjut, layari : www.ibadahqurban.com
Sebarang pertanyaan boleh dihubungi kami menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm)