KepenggunaanSemasa

Tabung Haji keluar surat tawaran haji bermula Rabu ini

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) akan mengeluarkan surat tawaran haji kepada seramai 31,600 jemaah bagi tahun 2023 secara berperingkat mulai Rabu ini.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Amrin Awaluddin berkata, bakal jemaah perlu lulus pemeriksaan kesihatan sebelum menjawab surat tawaran tersebut dalam tempoh tujuh hari bekerja melalui aplikasi THiJARI.

Menurutnya, bagi kes-kes tertentu, penerima surat tawaran boleh mengunjungi mana-mana cawangan TH yang berdekatan.

“Bagi pemilihan jemaah haji, TH akan mengutamakan bakal haji giliran tunai haji pada tahun 2020 berumur 65 tahun ke atas, diikuti dengan mereka yang giliran tunai haji pada tahun 2021 dan seterusnya tahun 2022 dan 2023.”

“Ini adalah berdasarkan sistem pendaftaran haji berasaskan prinsip yang dahulu didahulukan.”

“Rayuan haji melalui platform atas talian THiJARI akan dibuka mulai 27 Mac 2023, dengan memberi keutamaan kepada rayuan mahram,” katanya dalam sidang media, pada Isnin.

Tambah beliau, seramai 50% bakal jemaah adalah dalam kategori B40, manakala 48% dalam golongan M40 dan 2% (T20).

“Menerusi surat tawaran, kita perkenalkan pilihan bayaran sama ada bayar pada kadar yang ditetapkan mengikut kategori kumpulan atau bakal jemaah boleh membuat pilihan untuk membayar lebih mengikut kemampuan mereka.”

“Ini kerana pada tahun lalu ramai jemaah golongan B40 yang membuat bayaran lebih atau penuh.”

“Tindakan ini sedikit sebanyak bantu TH, dan mengurangkan jumlah Bantuan Kewangan Haji (Hafis) yang kita tanggung.”

“Kenaikan harga bayaran haji juga telah kita laksanakan sejak 2022. Sekarang ini subsidi Haji dah 60% daripada pembiayaiaan. Ini sedikit sebanyak membantu kelestarian bukan sahaja Hafis tetapi Tabung Haji itu sendiri,” jelas beliau ketika ditanya wartawan.

BACA JUGA
Banjir Johor: MAPIM sediakan masakan panas elak keracunan

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button