DuniaSemasaSyria

Syria ungguli Pertandingan Aritmetik Mental di Taiwan

HASAKA: Kejayaan berharga buat sebuah pasukan dari Bandar Qamishli, Syria apabila memenangi tempat pertama di peringkat ketiga dan keempat, masing-masing dalam Pertandingan Aritmetik Mental Taiwan, yang berakhir semalam.

Penyertaan pasukan dari Syria itu untuk bertanding adalah dengan melalui program Zoom dan jurulatih pasukan itu, Rawda al-Muktif, memenangi gelaran jurulatih terbaik dalam pertandingan tersebut.

Dalam satu kenyataan Rawda berkata pertandingan yang dimenangi oleh pasukan Syria itu terdiri daripada 10 kanak-kanak.

Salah seorang daripada ahli pasukan itu, Mohammad Nour Sheikh Zain memenangi tempat pertama di peringkat ketiga, manakala rakan sepasukan, Arin Saker memenangi tempat pertama di peringkat keempat.

Menurut Rawda, penyertaan kali ini dianggap sebagai salah satu kejohanan antarabangsa sengit di mana beberapa buah pasukan dari negara lain juga turut menyertai pertandingan itu seperti Jepun, Amerika Syarikat, Perancis, Algeria, Tunisia dan Mesir

Selain itu, pasukan itu juga pernah terlibat dalam beberapa pertandingan antarabangsa, termasuk Kejohanan Aritmetik Mental Arab di Algeria, di mana mereka memenangi tempat pertama dibawah kendalian Zana Othman.

Oleh Faiz Danial – Wartawan Pelatih Ummah Today

Related Articles

Back to top button