Semasa
Syria – 97 kes Covid-19 baharu, enam kematian dilaporkan
DAMSYIK : Kementerian Kesihatan Syria melaporkan 97 jangkitan Covid-19 baharu, 100 pulih dan enam kematian pada hari Rabu.
Menurut Kementerian, jumlah kes Covid-19 yang direkodkan di negara itu meningkat kepada 48,267 dengan 29,272 pulih dan 2,755 kematian.
Kes Covid-19 pertama ditemui di Syria pada 22 Mac tahun lalu melalui pelawat asing dan kematian pertama berlaku pada 29 Mac pada bulan yang sama.
-AGENSI
Oleh Ummi Fatihah wartawan pelatih UiTM