“Kami bersaksi Syekh Ali Jaber membela Al- Quran! – keluarga
Jenazah selamat disemadikan selepas Asar
JAKARTA : “Kami bersaksi Syekh Ali Jaber membela Alquran,” – demikian dinyatakan keluarga besar Allahyarham Syekh Ali al Jaber.
Ke negeri yang abadi, jenazah Syekh Ali Jaber selamat dikebumikan di kompleks pemakaman di perkarangan Pesantren Daarul Quran milik pendakwah Yusuf Mansur.
Jenazahnya dimakamkan selepas solat Asar waktu tempatan, dengan urusan pengebumian disediakan oleh Yusuf Mansur.
Sebelum ini Allahyarham Syekh Ali Jaber pernah mengutarakan keinginannya untuk dikebumikan di Lombok, tempat beliau mengajar anak-anak kecil al- Quran di Lombok, Nusa Tenggara Barat.
Anaknya juga lahir di Lombok, namun oleh kerana situasi pandemik keluarganya memutuskan untuk memakamkan Syekh Ali Jaber di Jakarta dan Yusuf Mansur pun menawarkan kompleks pondok pesantrennya yang memang menjadi tempat belajar menghafaz Al Quran.
Pemakaman Syekh Ali Jaber. Foto/Video/Yusuf Mansur
Sebagai orang rapat dengan Allahyarham, Yusuf sendiri turun ke liang lahad dan mengurus pengkebumian sahabatnya itu.
“Liangnya sudah disiapkan di belakang makam ibu saya,” kata Yusuf Mansur langsung membacakan doa.
Proses pengkebumian disiarkan secara langsung di Instagram Yusuf Mansur.
Manusia mati meninggalkan apa amalan dan sedekah jariah serta kata-katanya:
“Saya punya prinsip, orang yang punya salah kepada saya, akan saya doakan semoga Allah mengampuninya. Namun, ketika saya punya salah, saya berdoa, “Ya Allah, ampunilah saya.”
Keluarganya juga mengucapkan terima kasih kepada hadirin serta khalayak ramai yang mendoakan kepulangan Syekh Ali Jaber.
Bagi keluarga besar Syekh Ali Jaber serta Yayasan Syekh Ali Jaber mereka menjadi saksi kecintaan beliau dengan al-Quran.
“Kami bersaksi Syekh Ali Jaber membela Alquran,”