Kerohanian

Syarat untuk diambil bekerja, mesti solat 5 waktu!

Akan lahirkan pekerja yang amanah

TERENGGANU : Tidak perlu syarat yang kompleks, hanya mahukan pekerja solat lima waktu!

Ketetapan itu menjadi perkara pokok untuk sesiapa yang mahu bekerja bersama Sabasun Hyperuncit Sdn Bhd – yang mengutamakan kriteria solat cukup lima waktu sebagai syarat pengambilan pekerjamya.

Syarat tersebut ditetapkan oleh Che Salmi Ibrahim, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sabasun Hyperuncit, bapa kepada tujuh orang anak yang juga merupakan lulusan Ijazah Sarjana daripada California State Universiti dalam bidang Psycho Linguistik.

pic : ohinfokini.com

Che Salmi Ibrahim berkata, kriteria tersebut merupakan asas bagi membentuk jati diri dan kemajuan pekerja itu sendiri.

“Antara syarat utama dikemukakan masa temu duga adalah tidak meninggalkan solat lima waktu. Itu syarat utama. – Che Salmi Ibrahim (CEO Sabasun Hyperuncit Sdn Bhd)

Menurutnya, dengan adanya penekanan solat dalam kalangan pekerja secara tidak langsung dapat melahirkan pekerja yang jujur dan amanah.

Pasaraya Sabasun Hyperuncit kini hanya beroperasi di Terengganu dan Che Salmi Ibrahim menyatakan pasaraya keduanya akan dibuka di Kuala Lumpur.

Buat masa ini kami hanya beroperasi di Terengganu. Insya-ALLAH Mac tahun depan kami akan berkembang di Kuala Lumpur iaitu di Kampung Baru, – Che Salmi Ibrahim (CEO Sabasun Hyperuncit Sdn Bhd)

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button