SWIPE lantik Dr Sani Araby sebagai Pengerusi
Ini bagi mempercepatkan penyelesaian peluasan global Fintech
KUALA LUMPUR: Dalam dunia teknologi kewangan yang berkembang pesat, SWIPE telah memantapkan potensinya sebagai penyedia penyelesaian pembayaran inovatif yang terkemuka.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Azarul Hakim, telah memainkan peranan penting dalam pembangunan pelbagai penyelesaian fintech melalui platform e-dagang, gerbang pembayaran dan penyelesaian pembayaran mudah alih.
“Kini (Dr.) Sani Araby telah dilantik sebagai Pengerusi baharu SWIPE, matlamat jangka panjang syarikat adalah untuk berkembang ke peringkat global termasuk tumpuan kepada Eropah dan Negara Teluk, serta pengukuhan pasaran Malaysia serta Indonesia.”
“Sebagai usahawan, dermawan dan aktivis kemanusiaan, (Dr) Sani adalah seorang tokoh masyarakat yang dikenali di seluruh dunia. Beliau mempunyai lebih daripada dua dekad pengalaman bekerja di kedua-dua sektor swasta dan awam, serta rangkaian yang merangkumi lebih 40 negara,” jelas Azarul Hakim.
Tambahnya, pelantikan (Dr) Sani Araby Bin Dato’ Abdul Alim Araby sebagai Pengerusi SWIPE yang baharu merupakan satu pencapaian besar bagi organisasi dan menunjukkan komitmennya untuk mengembangkan lagi dalam industri teknologi.
“Kami sangat gembira kerana (Dr.) Sani akan berkhidmat sebagai Pengerusi SWIPE. Kepakarannya yang luas serta rangkaiannya di seluruh dunia akan membantu kami ke arah merealisasikan objektif untuk menjadi pembekal utama penyelesaian fintech bukan sahaja di rantau ini tetapi juga di seluruh dunia,” kata Azarul Hakim teruja dan optimis tentang masa depan SWIPE.
SWIPE mengumumkan pengerusi baharu mereka di astaka MAPIM Malaysia semasa Persidangan Bantuan dan Pembangunan Kemanusiaan Antarabangsa Dubai (DIHAD 2023).
Azarul Hakim menghuraikan potensi pengembangan syarikat sebagai justifikasi bagi keputusan SWIPE untuk berkembang ke peringkat antarabangsa, khususnya di negara membangun.
SWIPE yakin ia akan dapat meluaskan capaiannya dan membangunkan penyelesaian fintech baharu yang dapat memenuhi permintaan penggunanya yang sentiasa berubah-ubah setelah (Dr) Sani menyertai syarikat itu.
Sehubungan dengan ini, SWIPE juga akan mempamerkan inovasi terbaharu mereka di KazanSUMMIT 2023 Moscow (yang dijadualkan pada Mei), Ekspo AIDEX di Geneva (dijadualkan pada Julai) dan DIHAD 2024 di Dubai World Trade Centre, Emiriah Arab Bersatu.
(Dr) Sani berpengetahuan dalam sektor perniagaan dan NGO. Beliau telah berkhidmat sebagai ahli lembaga pengarah dan perunding untuk sejumlah besar perniagaan serta organisasi di seluruh dunia.
Selain itu, beliau adalah Pengerusi Kumpulan SiagaX dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM Malaysia), sebuah pertubuhan amal utama yang menjalankan projek kemanusiaan, pemerkasaan ekonomi dan misi bantuan bencana di lebih 40 negara dan menggalakkan pendidikan, penjagaan kesihatan dan pembangunan mampan.
Di samping itu, MAPIM Malaysia berkhidmat sebagai perunding kepada lebih 100 organisasi kebajikan lain.
SWIPE baru-baru ini bekerja keras untuk berinovasi dan membangunkan gerbang pembayaran meta pertama di dunia dengan solusi termaju yang akan membolehkan peniaga bukan sahaja menerima pembayaran dalam talian tetapi juga mengurus dan mengedarkannya dengan cekap.
Dengan lebih 24 tahun pengalaman dalam industri gerbang pembayaran dan syarikat multinasional, SWIPE bersedia untuk merevolusikan cara pembayaran dalam talian. Teknologi inovatif SWIPE akan melengkapkan peniaga dengan inovasi yang diperlukan untuk menyelaraskan proses pembayaran dan menambah baik operasi perniagaan.
Hasil daripada rangkaian produknya yang berkembang dan pasukan kepimpinan yang cemerlang, SWIPE berada pada kedudukan yang baik untuk menerajui sektor fintech di rantau ini melalui ibu pejabatnya di Lembah Silikon Malaysia, Cyberjaya. Dengan melantik (Dr) Sani ke jawatan Pengerusi, organisasi telah menunjukkan komitmennya terhadap inovasi, pengembangan dan kualiti.
SWIPE dilihat berpotensi besar untuk terus mencipta gelombang baharu dalam industri kewangan. Untuk maklumat lanjut, layari www.swipego.io