DuniaPalestinSemasa

Sumber bekalan air petani Palestin dimusnahkan tentera Israel

QALQILYA : Sebuah perigi yang menjadi sumber bekalan air oleh ratusan petani Palestin di kampung Ras Atiyeh, berhampiran bandar Qalqilya, utara Tebing Barat telah dimusnahkan oleh tentera Israel.

Salah seorang penduduk Ras Atiyeh, Mazouz Marabeh memaklumkan kepada agensi berita Palestin, WAFA, bahagian barat kampung itu diceroboh oleh tentera iIsrael dan memusnah perigi serta mearmpas emua peralatan digunakan untuk menimba air.

Mazouz mendakwa Israel sengaja memusnahkan perigi itu yang dimiliki dan dikendalikan oleh Koperasi Pertanian Ras Atiyeh untuk menghalang semua petani tersebut daripada mendapat manfaat.

Menurutnya, Israel menafikan kira-kira 400 petani daripada mendapat manfaat air yang mereka gunakan untuk mengairi tanah pertanian dengan memusnahkan perigi itu.

Baru-baru ini, tentera penjajah Israel mengumumkan 10 telaga akan dimusnahkan di bandar Az-Zawiya, barat Salfit, di utara Tebing Barat.

Sumber tempatan berkata, notis untuk memusnahkannya diserahkan kepada pemilik telaga air itu.


MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.

Klik :
http://tabunggaza.com

ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button