Semasa

Sumbangan barangan bernilai RM425,000 untuk MAPIM Malaysia

Kepercayaan kepada MAPIM oleh rakan korporat semakin bertambah

Sepang : Sifat dermawan rakyat Malaysia pada ketika ekonomi terjejas dihentam pandemik Covid 19 amat mengharukan. Ini kerana seluruh Malaysia sekarang berada dalam keadaan yang diuji. Memberi ketika diri sendiri diuji adalah sesuatu yang sangat berat.

Itu yang dirasai oleh (Dr) Sani Araby Al Kahery Ketua Aktivis Kemanusian MAPIM Malaysia, ketika menerima sumbangan bernilai RM42500 daripada dua rakan korporat untuk kegunaan misi kemanusian.

(Dr) Sani Araby Al Kahery Ketua Aktivis Kemanusian MAPIM Malaysia

Menurut (Dr) Sani, “Hari ini, kita sangat terharu dan gembira apabila menerima sumbangan daripada Syarikat Najjah Avenue Sdn. Bhd iaitu pengeluar tudung linen dan telekung yang menginfaqkan hampir RM250,000 nilaian barangan antaranya 2,000 kotak pelitup muka, telekung, sejadah, jubah, minuman susu kambing Rahmat serta satu kontena air minuman.”

Barisan kempimpinan MAPIM Malaysia, Tuan Haji Faris, Mejar Zulhanis, dan (Dr) Sani Araby bersama Ustaz Shahrizan Daud At-Turabi, pengasas Syarikat Najjah Avenue Sdn. Bhd

Selain daripada Syarikat Najjah Avenue Sdn. Bhd, MAPIM Malaysia juga menerima sumbangan sebanyak 500 buah Al-Quran daripada Syarikat Ade Azhar Sdn. Bhd pengeluar al-Quran eksklusif.

Kesemua sumbangan daripada dua syarikat korporat itu bernilai RM450,000. Sumbangan itu disampaikan di Ummah Central Warehouse, gudang milik MAPIM yang seluas satu ekar.

MAPIM Malaysia akan menggunakan sumbangan yang diterima untuk program Jelajah Peduli Ummah, kesinambungan daripada Jelajah Peduli Ummah pada tahun 2020. Menurut (Dr) Sani Araby, MAPIM Malaysia menerima banyak permintaan bantuan daripada mereka yang memerlukan. Sama ada golongan asnaf, golongan terkesan akibat pandemik Covid 19, dan mereka yang terjejas ekonomi akibat banjir. Sumbangan itu juga akan diagihkan kepada golongan mualaf dan bahagian frontliner.

Untuk kali ini MAPIM Malaysia berusaha mencari jalan agar sumbangan ini akan sampai ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. MAPIM Malaysia mensasarkan masa dua bulan untuk mengedarkan bantuan ini ke seluruh Malaysia.

“Tahun lepas kita sudah menghantar 15 buah kontena bantuan ke seluruh negara. Tahun ini dalam program Jelajah Peduli Ummah, kita akan menghantar 30 buah kontena.” (Dr) Sani Araby Al Kahery.

(Dr) Sani Araby juga sangat berharap dengan sumbangan ini dapat memperbetulkan tanggapan sesetengah pihak terhadap MAPIM.

“Ada yang menganggap MAPIM adalah sebuah agensi kerajaan, yang menerima dana dan bantuan kerajaan. Kami, MAPIM adalah sebuah pertubuhan, sebuah NGO yang bergerak atas derma dan infaq rakyat Malaysia. Bergerak atas kepercayaan ummah untuk membantu ummah. Ini hanya usaha kerdil kami. Yang berusaha besar adalah rakyat dermawan di luar sana.”

Selain daripada pemberian sumbangan dalam bentuk barang keperluan, MAPIM Malaysia juga akan menggerakkan dua buah unit Double Decker Ummah Mobile Clinic ke kawasan yang memerlukan khidmat kesihatan.

MAPIM Malaysia mengharapkan lebih banyak syarikat korporat yang akan mengikut jejak langkah syarikat-syarikat tersebut.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button