LAbu : MAPIM Malaysia telah ke Kampung Pulau, Labu, Negeri Sembilan bagi menyampaikan sumbangan kepada penduduk yang kurang bernasib baik, dan dalam masa yang sama menjalinkan ukhwah antara komuniti di sana dengan kerjasama pihak Persatuan Amal Bakti Negeri Sembilan.
Menurut Pegawai Tugas-Tugas Khas MAPIM, Leftenan Syahir Syahrumi, seramai 100 buah keluarga menerima manfaat daripada program bantuan ini.
“Alhamdulliah hari ini MAPIM bersama Persatuan Amal Bakti Negeri Sembilan berjaya mengagihkan kotak makanan kepada 100 buah keluarga di Kampung Pulau
“Rata-rata penerima adalah dalam kalangan ibu tunggal dan juga golongan kurang upaya yang hilang mata pencarian untuk mencari rezeki demi sesuap nasi,” katanya.
UMMAHToday juga sempat menemu bual Pengerusi Persatuan Amal Bakti Negeri Sembilan, Kalsom Abu Bakar, beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak MAPIM kerana sudi bekerjasama menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.
“Terima kasih kepada MAPIM kerana sudi datang dan bekerjasama dengan kami dalam menyampaikan bantuan kepada mereka yang memerlukan.
Dalam pada itu, Kalsom berharap bahawa kerjasama yang terjalin hari ini akan berterusan pada masa akan datang bagi memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan di sekitar Labu.
Oleh Hafeez Anuar
AYUH KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK NEGARA
MAPIM Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan kesusahan dalam negara lanjutan lock down dan covid-19. Ramai hilang pekerjaan dan dibebani dengan ujian
Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi
Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
HOTLINE MAPIM MALAYSIA
jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038