JERANTUT : Penduduk di Kampung Gusai rata-ratanya bergantung kepada menoreh getah sebagai sumber pendapatan utama demi kelangsungan hidup.
Pendapatan yang diperoleh hanya sekadar cukup mengisi perut kosong seisi keluarga.
Sekiranya mahu membeli barang keperluan, ada antara mereka terpaksa menggunakan jalan darat ataupun bot untuk ke bandar yang perjalanannya mengambil masa hampir 3 jam.
Itulah antara realiti kehidupan penduduk di Kampung Gusai.
Atas rasa keprihatinan, pihak CDERT MAPIM dengan kerjasama APM Pahang hadir ke Kampung Gusai yang terletak di Ulu Tembling bagi menghulurkan bantuan kotak makanan berserta naskah Al-Quran dalam Misi Prihatin Pra Ramadan.
Menurut Setiausaha Agung MAPIM Malaysia, PPj Bersekutu (PA) Zulhanis Zainol, pemberian sumbangan ini adalah sebagai tanda ingatan terhadap golongan yang memerlukan.
“Syukur kepada Allah S.W.T hari ini merupakan hari kedua Misi Prihatin Pra Ramadan ini dijalankan di kawasan Ulu Tembling ini. Perjalanan untuk ke Kampung Gusai ini mengambil masa hampir 40 minit dengan menaiki bot namun diiringi dengan pemandangan yang indah dan cantik.
“Ini merupakan kali pertama MAPIM sampai ke kawasan Ulu Tembling dan saya pasti ia bukanlah kali terakhir kami di sini, malah kami berhasrat untuk kembali ke sini dan terus menghulurkan apa-apa jenis bantuan yang diperlukan.
“Dalam masa yang sama kita dapat jalinkan ukhwah antara kita bersama dengan komuniti penduduk di sini,” katanya.
UMMAHToday juga sempat menemubual ketua kampung, Ahmad Abu Bakar yang mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak MAPIM dan APM Pahang yang sudi hadir dari jauh bagi menyampaikan bantuan ini.
“Tak sangka ada orang sudi datang menjenguk kami, terima kasih kerana datang, kebanyakan penduduk di sini memang kekurangan barang keperluan, kehadiran kalian semua memberi kepada kami terutamanya sempena menyambut Ramadan yang tak lama lagi,” katanya.
AYUH KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK NEGARA
MAPIM Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan kesusahan dalam negara lanjutan lock down dan covid-19. Ramai hilang pekerjaan dan dibebani dengan ujian
Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi
Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
HOTLINE MAPIM MALAYSIA
jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038