Kesihatan

Sultan Johor perkenan solat 50 jemaah di masjid

JOHOR BAHARU : Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan membenarkan solat Jumaatdan solat sunat Aidiladha di negeri itu dengan jumlah maksimum 50 jemaah.

Perkara itu dimaklumkan menerusi kenyataan bersama Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Tosrin Jarvanthi; Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad dan Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), Datuk Md Rofiki Samsudin, semalam.

Kebenaran itu dibuat selepas mendapat perkenan Sultan Ibrahim sebagai Ketua Agama Islam negeri sebagaimana peruntukan Fasal 57(A) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor 1895 dan Seksyen 6 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Johor) 2003.

“Demi menjaga dan menghidupkan syiar Islam di Johor, solat Jumaat dan solat fardhu lima waktu di masji dan surau jumaat serta sura yang diberi kebenaran jumaat sementara adalah dibenarkan.

“Ia berkuatkuasa pada waktu solat subuh 28 Zulkaedah 1442H bersamaan 9 Kulai 2021 hingga satu tarikh yang akan dimaklumkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor,” katanya.

Mengulas lanjut, kebenaran untuk solat jumaat dan solat sunat Aidiladha di semua masjid di negeri ini terhad kepada 50 jemaah dari kalangan imam, bilal, dan noja, ahli jawatankuasa pengurusan kariah masjid dan surau serta ahli kariah yang digilirkan di kawasan itu sahaja.

“Bagi surau Jumaat dan surau Jumaat sementara, bilangan jemaah adalah terhad kepada 20 orang.

“Bagi solat fardhu lima waktu di masjid dan surau, bilangan jemaah adalah terhad kepada 20 orang dari kalangan imam, bilal, dan noja, ahli jawatankuasa pengurusan kariah masjid dan surau serta ahli kariah yang digilirkan di kawasan itu sahaja,” katanya.

Tambahnya, ahli jawatankuasa pengurusan kariah masjid dan surau dan jemaah yang hadir ke masjid atau surau perlu lengkap meneriam dua dos suntikan vaksin Covid-19 kecuali imam, bilal dan noja yang bertugas.

“Mana-mana jemaah lelaki yang mukallaf dan tidak mendapat giliran hadir solat Jumaat di masjid dan surau Jumaat, hendaklah menunaikan solat fardhu zohor di rumah.

“Solat jenazah (bukan kes Covid-19) di masjid dibenarkan dengan bilangan jemaah tidak melebihi 20 orang. Aktiviti ziarah tanah perkuburan Islam dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah dibenarkan dengan mematuhi SOP.

“Kehadiran semasa pengebumian jenazah dibenarkan dengan kehadiran tidak melebihi 50 orang tidak termasuk petugas tanah perkuburan dengan syarat bukan jenazah pesakit Covid-19

Oleh Pelatih Fakulti Filem,Teater dan Animasi , UiTM -Hafiy Syazuan / AJ

Related Articles

Back to top button