Semasa

Sukarelawan MAPIM Malaysia sepakat lancar misi bantuan

SHAH ALAM : Usaha menyelamat dan memindahkan penduduk di Taman Sri Muda, Seksyen 25 yang terperangkap akibat banjir sejak Sabtu diteruskan.

Menurut tinjauan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), skuad penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta sukarelawan penduduk Kota Kemuning bertungkus-lumus melaksanakan operasi menyelamat dan membantu menggunakan bot.

Sukarelawan yang ditemui memaklumkan usaha tersebut dilakukan berterusan termasuk pada malam meskipun berdepan dengan kesukaran.

Ketua Sektor Kesihatan Mental Kementerian Kesihatan, Dr. Nurashikin Ibrahim, antara sukarelawan penduduk Kota Kemuning turut membantu menyelamatkan mangsa-mangsa yang terkandas.

“Saya tahu jalan selok-belok kawasan Taman Sri Muda, jika ada pihak ingin turut membantu mangsa-mangsa disini saya sedia untuk tunjukkan jalan kepada mereka. Saya sebagai penduduk di Kota Kemuning takkan berdiam diri melihat mereka perlukan bantuan,” katanya.

Nurashikin juga membantu dan mengutamakan mangsa-mangsa banjir yang menghidapi penyakit jantung keluar dari kawasan yang ditenggelami air.

“Kita yang datang sebagai penyelamat pastikan tahu apa perlu kita buat,” tambahnya.

Nurashikin dan kumpulan sukarelawan penduduk Kota Kemuning bersepakat dengan MAPIM Malaysia membuat perancangan strategi yang terbaik bagi memasuki kawasan ditenggelami air dengan selamat.

Paras air di kawasan Taman Sri Muda menunjukkan penurunan pada pagi ini dan dijangka lebih ramai mangsa dapat dikeluar susulan pertambahan bantuan pelbagai pihak.

 

Tidak dinafikan terdapat mangsa yang tidak sempat menyelamatkan harta benda akibat banjir yang mendadak, justeru atas rasa kebersamaan sebagai rakyat Malaysia tanpa memilih agama dan bangsa, MAPIM Malaysia memohon para dermawan di luar sana sama-sama menyumbang pada Misi Bantuan Kecemasan Bencana Banjir.

Oleh Ummi Fatihah wartawan pelatih UiTM

MAPIM MALAYSIA LANCAR MISI BANTUAN KECEMASAN BENCANA BANJIR

Semua upaya sudah kita lakukan. Pelan kecemasan sudah kita lakarkan. Tindakan awal juga sudah kita gerakkan.

Namun ia masih belum mencukupi. Banyak kawasan yang selama ini ‘selamat’ juga sudah dinaiki air.

Mangsa banjir merayu sumbangan rakyat Malaysia bagi meringankan beban mereka.

Sama-sama kita bantu. Ini kecemasan, perlu disegerakan.

#misiummahbantuummah #365hariuntukummah

AYUH KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK UMMAH MAPIM

Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan kesusahan.

Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi

Akaun Maybank

562263540066

TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

HOTLINE MAPIM MALAYSIA

Jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038

 

Related Articles

Back to top button