Suhu di Jeddah capai hampir 50 darjah Celcius

JEDDAH : Suhu di Jeddah kini mencatatkan angka yang tertinggi di seluruh Arab Saudi iaitu mencecah 48.3 darjah Celsius, manakala di Mekah merekodkan 47.5 darjah Celsius.
Menurut laporan agensi berita Saudi Gazette, Pusat Metereologi Nasional Arab Saudi (NCM) memberitahu Jeddah mencatatkan suhu ekstrim tersebut sebelum musim panas bermula pada Jun nanti.
Netizen turut memuat naik beberapa video dan gambar di media sosial yang menunjukkan keadaan di negara itu.
Two students take cover from the heat with their clothes In Jeddah,SA
temperature is 50°C pic.twitter.com/5He6nRX62b
— Faisal Labban (@labbanf) May 15, 2022
بسبب ارتفاع حرارة الجو اليوم في جدة :
pic.twitter.com/fkRFphrKO9— أخبار السيارات (@c_ar09) May 15, 2022
Dalam pada itu, Mekah dan Madinah turut dijangkakan akan dilanda cuaca panas ekstrim, menurut NCM.
NCM juga memaklumkan bahawa angin pada permukaan juga boleh menyebabkan jarak penglihatan hampir sifar di daerah Tabuk.
Manakala Al Jouf dan daerah Sempadan Utara dengan ribut pasir berterusan di daerah-daerah seperti Wilayah Timur dan Riyadh serta daerah-daerah utara, dan beberapa daerah di Mekah dan Madinah.