DUBAI : Suhu tertinggi dicatatkan melibatkan negara Iraq, Kuwait dan Oman serta tujuh lagi negara paling panas di dunia.
Suhu mencecah sehingga 50 darjah Celsius dicatatkan di bandar Amara di tenggara Iraq manakala Arab Saudi menyaksikan gelombang haba dengan suhu dijangka mencecah 50 darjah Celsius di beberapa wilayahnya, lapor Gulf News.
Bandar Al Jahra di Kuwait mencatatkan 49.3 darjah Celsius pada hari sama, sekali gus menjadikan ia negara keempat terpanas di dunia.
Negara kesembilan paling di dunia adalah Bandar Fohoud di Oman yang merekodkan 48 darjah Celsius.
Menurut laporan Gulf News, Pusat Meteorologi Kebangsaan (NCM) Arab Saudi memberi amaran bahawa beberapa wilayah di negara itu akan menyaksikan gelombang haba yang akan mencecah 50 darjah Celsius.
Ia juga menjangkakan suhu maksimum di kebanyakan wilayah timur dan bahagian antara Madinah dan Yanbu, masing-masing akan mencapai 47 dan 50 darjah Celsius.
Suhu di bahagian timur Riyadh dan Al Qassim serta sempadan utara dijangka mencecah antara 45 dan 47 darjah Celsius.
Justeru, NCM menyeru semua orang mengambil langkah berjaga-jaga dan meminta mereka mematuhi arahan pihak berkuasa demi keselamatan sendiri.
Arab Saudi kini sedang mengalami ribut petir sederhana dan hujan lebat, dengan wilayah Jazan, Asir, Al Baha dan Mekah berkemungkinan besar terjejas, hanya sebulan selepas ribut pasir melanda negara itu.
Mekah mencatatkan 45 darjah Celcius pada Rabu lalu, suhu tertinggi di sana dan pusat meteorologi meramalkan suhu dijangka mencecah 50 darjah Celcius di kota suci itu, yang bersedia menerima sehingga satu juta umat Islam dari seluruh dunia sempena musim haji tahun ini.