Semasa

Suami pengasuh syaitan

Didakwa mengikut Seksyen 302

Petaling Jaya : Dalam resah masyarakat Malaysia menghadapi pandemik Covid-19, rakyat Malaysia sekali lagi dikejutkan dengan suatu tragedi yang tidak mampu diterima oleh akal yang sihat.

Pada kejadian 27 April lalu, seorang bayi lelaki meninggal dunia  di sebuah aparment di Kelana Jaya, dan pada 11 Mei, pihak polis Petaling Jaya, mengesahkan bahawa bayi lelaki yang meninggal dunia itu telah diliwat oleh suami pengasuh yang berusia 36 tahun sehingga menyebabkan pendarahan dan koyakan di dubur.

Suspek juga menekup mulut mangsa dengan tangan sehingga sesak nafas dan seterusnya menyebabkan kematian mangsa.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, “Ketika kejadian suspek wanita sedang mengemas ruang tamu dan membiarkan suaminya bersendirian dengan bayi itu dalam bilik dikunci selama dua jam, sebelum menemukan bayi itu dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Mangsa kemudian dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan oleh lelaki itu yang mengaku pengasuh bayi terbabit.”

Suatu laporan telah dibuat oleh pegawai perubatan dan pasangan pengasuh itu sudah ditahan di rumah mereka pada 29 April yang lalu. Hasil pemeriksaan lanjut mendapat mereka positif dadah jenis syabu.

Suspek lelaki kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 377C Kanun Keseksaan, manakala isterinya akan dijadikan saksi pendakwaan dan dituduh mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sumber : Berita Harian

Related Articles

Back to top button