DomestikKesihatanSemasa

Strok haba berlaku akibat cuaca panas

Banyakkan minum air kosong dan elakkan terdedah di kawasan panas terlalu lama

ALOR SETAR: Berikutan cuaca panas yang melanda Kedah ketika ini, boleh mengundang bahaya strok haba jika terdedah di kawasan panas terlalu lama.

Susulan itu, Pengarah Kesihatan Kedah, Dr Othman Warijo, menasihati orang ramai supaya tidak melakukan aktiviti di bawah panas terik matahari untuk mengelak risiko bahaya itu kerana ketika ini, waktu paling panas adalah di antara jam 1 tengah hari hingga 4 petang.

“Elakkan membuat aktiviti seperti bersukan atau bertani pada waktu ini.

“Tunggu sehingga suhu lebih rendah atau lakukan aktiviti pada waktu pagi atau malam,” katanya.

Othman juga menggalakkan penduduk negeri itu untuk lebihkan minum air kosong daripada air manis dan sebagainya demi mengelakkan serangan strok haba, sakit kepala atau demam akibat cuaca panas.

Sebelum ini, Pengarah Pejabat Meteorologi Kedah, Muhammad Khalil Abd Aziz, berkata cuaca panas yang melanda negeri ini sejak awal tahun ini dijangka berlarutan sehingga hujung Mac atau awal April depan.

Katanya, Kedah kini berada di fasa kedua Monsun Timur Laut, yang membawa cuaca panas dan kering.

Oleh Faiz Danial – Wartawan Pelatih Ummah Today

Related Articles

Back to top button