DuniaSemasa

Stok ubat-ubatan, susu formula bayi pada tahap kritikal di Lubnan

Hanya bertahan beberapa minggu lagi

BEIRUT : Setahun setengah berlalu, keadaan ekonomi Lubnan semakin meruncing. Tahap ekonomi memburukkan itu memberi kesan yang sangat buruk kepada bekalan perubatan dan makanan kesihatan kanak-kanak.

Ketua Persatuan Pengimport Farmaseutikal, Karim Jbara memberi amaran ubat-ubatan dan susu formula bayi dan kanak-kanak hanya mampu bertahan sehingga beberapa minggu saja lagi.

Ketua Kumpulan Pengimport Ubat, Karim Jbara. Sumber- Sawt Beirut International.

“Stok perubatan, ubat-ubatan bagi pesakit kronik dan sukar disembuhkan, serta susu formula bayi, akan habis dalam tempoh beberapa minggu sahaja. Kami tidak akan dapat mengatasi keadaan kritikal ini kecuali import dibenarkan. Tetapi import sekarang digantung” – Ketua Persatuan Pengimport Farmaseutikal /  Karim Jbara

Menurut Ashraq al Awsat, media tempatan Lubnan, Karim menjelaskan dalam tempoh 15 hari sejumlah 200,000 ubatan aspirin dan 250,000 kotak penggantinya, Aspicot sedang diimport. Kedua-duanya kini sudah tiada lagi stok di farmasi tempatan.

Salah satu farmasi di Lubnan yang masih beroperasi Sham al istani.

Menurut Karim, pihaknya memerlukan kelulusan Kementerian Kesihatan dan Bank Lubnan. Syarikat pengeluar tidak mahu menghantar barangan perubatan berkenaan sekiranya hutang lama tidak dilunaskan.

Karim menambah pihaknya cuba mendapatkan dana luar untuk mengimport ubat-ubatan, tetapi buntu selepas jawapan yang diterima oleh dana-dana berkenaan. Mereka mahukan pembentukan pimpinan kerajaan Lubnan yang  segera serta program menyelamatkan ekonomi Lubnan.

Sejak subsidi bagi susu bayu dari satu ke tiga tahun, bekalan susu selain ubat-ubatan menjadi isu di Lubnan. Terdapat segelintir pihak didakwa membeli dengan kuantiti yang banyak untuk menjualnya semula dengan harga yang tinggi bagi yang memerlukan.

Langkah kerajaan Lubnan itu membimbangkan agensi PBB UNHCR kerana akan menambah buruk kesihatan kanak-kanak Lubnan yang kini, isi rumah dan keluarga berdepan kemiskinan yang semakin melebar.

Pada Khamis, Bank Sentral Lubnan mengeluarkan satu kenyataan menggesa kerajaan Saad Hariri untuk meluluskan satu pelan rasionalisasi subsidi untuk melindungi kumpulan yang memerlukan dan menghentikan esploitasi dan  menyatakan bahawa isu memanggil kerajaan untuk meluluskan rancangan merasionalisasikan subsidi untuk melindungi kumpulan yang paling memerlukan dan menghentikan eksploitasi.

Hariri dilihat gagal sejak ditugaskan untuk pembentukan Lubnan pada Oktober 2020. Keadaan itu mengheret Lubnan kepada kemerosotan kewangan negara dan barangan asas serta bahan bakar.  Di samping kenaikan kadar kemiskinan dan inflasi yang belum pernah terjadi sebelum ini.

Oleh : Muhammad Nasrul Haqim – Pelatih Fakulti Filem, Teater dan Animasi.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button