Dunia

Stesen kereta api bawah tanah jadi tempat berlindung penduduk Ukraine

KIEV : Demi mencari tempat untuk berlindung, penduduk Ukraine yang ketakutan sanggup bermalam di stesen kereta api bawah tanah ketika malam pertama peperangan dengan tercetus.

Menurut laporan akhbar Metro UK semalam, beberapa keluarga kelihatan duduk berhimpit untuk memanaskan badan dan memastikan keselesaan antara satu sama lain ketika bom-bom meletup di beberapa kawasan.

Kementerian Pertahanan berkata, penduduk lari bersembunyi cari tempat perlindungan ekoran bedilan roket yang masih berlangsung di timur wilayah Donetsk pada malam semalam.

Semua kenderaan perlu dihentikan semalaman selepas perintah berkurung diumumkan Datuk Bandar Kiev, Vitali Klitschko bermula pukul 10 malam

Stesen-stesen bawah tanah pula digunakan sebagai perlindungan sepanjang masa ekoran ‘situasi pencerobohan tentera’.

Sementara itu, ketika ramai penduduk berlindung di stesen bawah tanah, sebilangan lagi dilihat membawa beg-beg pakaian untuk keluar dari kawasan bandar.

Ia menyebabkan barisan yang panjang di stesen-stesen bas serta kesesakan lalu lintas teruk di jalan-jalan utama.

– AGENSI

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button