Follow kami di https://t.me/UmmahTodayNews
Informasi berita ummah bagi perkembangan semasa dalam arus perjuangan ummah
Platform medsos : https://linktr.ee/UmmahToday
KUALA LUMPUR : Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berpendapat bahawa kawasan di daerah Lembah Klang kini sudah boleh beralih ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) ekoran kadar vaksinasi mencapai lebih 80 peratus.
Semua ini bakal diputuskan selepas perbincangan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menangani COVID-19 bersama barisan kabinet yang akan dipengerusikannya nanti.
“Sekali lagi saya berbangga dengan pencapaian yang hebat ini.” katanya menerusi hantaran Facebook hari ini.
Semalam, Ismail Sabri berkata kadar lengkap vaksinasi bagi populasi dewasa di Lembah Klang sudah pun mencecah 89.5 peratus.
Oleh Nurshazlin Shahrom