Covid19Semasa

SPRM : Tiada kegiatan warga asing rasuah petugas di PPV

Hubungi SPRM jika berlaku rasuah, elak hebah di media sosial

KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) nafi dakwaan satu video di media sosial mengatakan warga asing merasuah petugas di Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Video tular di media sosial itu memaparkan segerombolan individu bukan warganegara Malaysia beratur panjang dengan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sehingga menyebabkan kesesakan di PPV Shah Alam Convention Centre (SACC), Shah Alam.

Dikatakan juga, penjaga pintu di PPV tersebut menerima sejumlah wang sebanyak RM80 bagi setiap orang yang ingin mendapat vaksin tersebut.

“SPRM menghantar pasukan pegawai risik bagi memantau tomahan terbabit.

“Hasil risikan mendapati kejadian yang berlaku adalah di PPV Pusat Konvensyen Midlands dan bukannya di PPV SACC Shah Alam.” menurut kenyataan itu.

PPV Midlands merupakan Pusat Program Vaksin Pekerja Industri (PPVIN) iaitu sebahagian daripada inisiatif Program Imunisasi Industri Covid-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) dan terdapat masalah pada sistem temu janji sehingga menjadi punca kesesakan warga asing hadir tanpa temu janji.

SPRM menegaskan cubaan rasuah petugas PPV adalah tidak benar dan menasihati orang ramai untuk melaporkan terus apa-apa maklumat berhubung rasuah dan mana-mana pejabat SPRM bukannya menghebahkan di media sosial.

Oleh Nurshazlin Shahrom

 

 

Related Articles

Back to top button