SHAH ALAM: Seluruh masjid dan surau di Selangor akan melaksanakan solat hajat selepas solat Jumaat minggu ini bagi mendoakan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Palestin susulan serangan polis israel terhadap jemaah yang berada di Masjid Al-Aqsa hari ini.
Dalam kenyataan malam ini, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata ia sebagai tanda solidariti kepada semua mangsa dalam serangan yang menyebabkan sekurang-kurangnya 12 orang cedera dan lebih 350 rakyat Palestin ditahan.
#israelBiadap Barisan rakyat Palestin ditahan & diikat zip oleh zionis israel semalam, ada yang dipukul oleh askar Israel untuk menakutkan rakyat Palestin yang lain!
Layari laman web https://t.co/vr7XAbqSlZ untuk berita terkini Palestin pic.twitter.com/ctNonX9Qj0
— Ummah Today (@ummah_today) April 6, 2023
Katanya kerajaan negeri dan rakyat Selangor mengecam sekeras-kerasnya tindakan rejim zionis yang tidak berperikemanusiaan itu yang berlaku sebelum waktu subuh ketika jemaah Palestin berada di Masjid Al-Aqsa, Baitulmaqdis.
“Kerajaan Selangor menyatakan solidariti bersama warga Palestin dan mengajak pemimpin seluruh dunia untuk bersama-sama mengutuk dan mengecam serangan ke atas rumah ibadat, tindakan provokasi yang menyalahi undang-undang antarabangsa dan prinsip hak asasi manusia terutamanya pada bulan yang penuh mustajab ini,” katanya.
Kerajaan Negeri mengecam sekeras-kerasnya tindakan rejim Zionis Israel dan menyatakan solidariti bersama rakyat Palestin. Kerajaan Negeri turut mengajak pemimpin seluruh dunia bersama-sama mengutuk dan mengecam tindakan tidak berperikemanusiaan ini ke atas Masjid Al Aqsa. pic.twitter.com/v9y4Lm38rh
— Amirudin Shari (@AmirudinShari) April 6, 2023
Amirudin berkata tindakan kejam itu kerap berulang terutamanya pada Ramadan seperti yang berlaku pada April tahun lepas.