ISTANBUL – Setelah 88 tahun, Masjid Besar Hagia Sophia Turki di Istanbul akan mengadakan solat tarawih yang pertama, yang merupakan solat sunat yang dilakukan pada bulan Ramadan.
Sebelum statusnya kembali bertukar sebagai masjid yang dibuka pada 2020, untuk ibadah pada 24 julai tahun itu dan telah disediakan beberapa acara untuk ramadan, masjid itu pernah diubah suai menjadi muzium pada tahun 1934.
Namun, masjid itu tidak digunakan kerana sekatan Covid-19 di Turki untuk mengelak risiko jangkitan.
Bagaimanapun, berikut kebanyakan penduduk sudahpun divaksin dan jumlah kes baharu dan kematian semakin menurun, pihak berkuasa Turki memutuskan untuk membuka semula masjid itu pada Ramadan ini.
Hagia Sophia dibina pada 532 SM. Ia dijadikan masjid pada 1453 selepas penaklukan Istanbul.
Ia digunakan sebagai gereja selama 916 tahun dan 86 tahun sebagai muzium. Dari 1453 hingga 1934, atau hampir 500 tahun, ia berfungsi sebagai masjid.
Pada 1985, Hagia Sophia telah dimasukkan ke dalam Senarai Warisan Dunia UNESCO.
Hagia Sophia terus dibuka untuk pelawat dari dalam dan luar negara yang juga merupakan antara destinasi pelancongan utama Turki.
– Agensi
Oleh Azrina Amri – Wartawan Pelatih Ummah Today