Semasa

Solat sunat Aidilfitri dibenarkan dengan kapasiti penuh

KUALA LUMPUR : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengumumkan solat sunat Aidilfitri dibenarkan dilaksanakan di masjid atau surau dengan kapasiti 100 peratus.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata pihak KKM menggariskan protokol sambutan Aidilfitri sebagai panduan umum dan tertakluk kepada ketetapan serta prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Pihak Berkuasa Agama Negeri.

“Jemaah digalakkan mengambil wuduk di rumah dan membawa sejadah sendiri, masuk mengikut giliran untuk elak kesesakan dan bersurai dengan tenang.

“Takbir raya dibenarkan dibuat di masjid dan surau atau rumah ke rumah tetapi perlu sentiasa memakai pelitup muka.

Mengulas lanjut, kes positif Covid-19 tidak dibenarkan hadir atau menyertai semua program berkenaan serta individu bergejala juga tidak digalakkan.

Dalam pada itu, rumah terbuka atau majlis Aidilfitri dalam atau luar bangunan dibenarkan dengan syarat mereka harus memakai pelitup muka.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button