Solat hajat, munajat selepas solat Jumaat di Selangor
SHAH ALAM : Semua masjid dan surau kebenaran solat Jumaat di Selangor disarankan melaksanakan solat hajat dan munajat selepas mendirikan solat Jumaat, hari ini.
Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad berkata, ia berikutan penularan pandemik Covid-19 yang masih belum berakhir.
“Ujian musibah banjir telah mengakibatkan kemusnahan harta benda, kemudahan awam dan meninggalkan trauma kepada mangsa-mangsa banjir yang terlibat.
“Usaha rohani ini untuk memohon pertolongan Allah S.W.T agar negeri dan negara ini terus dijauhkan daripada ancaman wabak dan musibah selain dipohon kepada Allah Agar semua mangsa-mangsa banjir diberi ketabahan serta kekuatan dalam menghadapi bencana banjir ini.
“Sehubungan dengan itu, semua pentadbir masjid dan Surau Kebenaran Solat Jumaat di negeri Selangor dipohon untuk melaksanakan Solat Hajat dan Munajat selepas mendirikan Solat Fardhu Jumaat pada hari ini,” katanya.