Semasa

Solat berjemaah secara atas talian adalah tidak sah

PUTRAJAYA : Solat berjemaah secara atas talian adalah tidak sah kerana tidak memenuhi syarat-syarat sah mengikut imam dalam solat berjemaah sebagaimana digariskan oleh para ulama.

Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri memaklumkan perkara tersebut menerusi Portal Maktabah Al-Bakri dan menjelaskan solat berjemaah ini sebenarnya bertujuan menghimpunkan orang-orang Islam (secara hakiki) dan ia berhajat kepada satu tempat dan bersambungnya saf antara satu sama lain.

Baru-baru ini netizen dikejutkan kembali dengan satu video TikTok yang pernah tular sebelum ini memaparkan sepasang kekasih melakukan solat berjemaah secara atas talian.

“Menunaikan solat berjemaah secara siaran langsung di televisyen atau radio atau secara atas talian adalah tidak sah kerana ia tidak mencapai maksud seperti dikehendaki syarak.

“Tujuan pensyariatan solat Jumaat dan solat berjemaah ialah menghimpunkan manusia,” katanya.

Dalam pada itu, beliau ingin menasihati semua agar sentiasa berhati-hati dalam soal agama dan merujuk kepada para alim ulama jika ada sebarang persoalan yang timbul.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button