BanjirSemasa

Situasi banjir di Besut masih tidak berubah

KUALA TERENGGANU: Keadaan banjir di Besut tidak berubah dengan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi di daerah itu setakat jam 8 pagi Rabu.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, sebanyak 12 keluarga kekal berlindung di Masjid Kampung La yang mula diaktifkan selepas banjir melanda kawasan tersebut.

Seramai 53 penduduk masih ditempatkan di masjid itu.

“Keadaan cuaca sekarang cerah dan maklumat berkaitan banjir akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button