SINGAPURA : Para saintis di Universiti Teknologi Nanyang (NTU), Singapura berjaya hasilkan pembalut gel antibakteria dengan menggunakan sisa makanan seperti sekam durian.
Menurut Pengarah Program Sains dan Teknologi Makanan (NTU), Profesor William Chen, proses pembuatan pembalut gel antibakteria itu dihasilkan dengan mengeluarkan serbuk selulosa dari sekam buah setelah dihiris dan dibekukan dan kemudian mencampurkannya dengan gliserol.
Tambah beliau, kedua campuran ini akan menjadi hidrogen lembut yang kemudian dipotong menjadi jalur pembalut.
“Di Singapura, kira-kira 12 juta durian dimakan dalam setahun, jadi selain isinya, kita tidak dapat melakukan banyak hal mengenai sekam dan biji. Hal ini, menyebabkan pencemaran alam sekitar,” katanya.
Sekam buah yang membentuk lebih daripada separuh komposisi durian biasanya dibuang dan dibakar.
Justeru, menyumbang kepada peningkatan sisa alam sekitar.
Chen menambah teknologi itu juga dapat mengubah sisa makanan lain, seperti kacang soya dan biji-bijian hingga menjadi hidrogel untuk membantu mengehadkan pengeluaran sisa makanan negara.
“Selain pembalut konvensional, pembalut organo-hidrogel juga dapat menjaga kawasan luka dengan mengekalkan kesejukan dan kelembapan yang dapat membantu mempercepat proses penyembuhan.” ujarnya.
Sementara itu, para penyelidik mengatakan penggunaan bahan buangan dan ragi untuk pembalut antimikroba lebih menjimatkan kos daripada pengeluaran pembalut konvensional dengan sifat anti mikrobakteria berasal dari sebatian logam yang lebih mahal seperti ion perak atau tembaga.
Pemborong durian, Tan Eng Chuan, berkata bahawa dia mempunyai sekurang-kurangnya 30 peti durian sehari sepanjang musim durian bersamaan 1,800kg.
Katanya, inovasi terbaharu ini sekaligus mampu menjadikan negara ke arah kemajuan kelestarian.
REUTERS
Diterjemah oleh Nurshazlin Shahrom