Semasa

Singapura benar jururawat hospital awam pakai tudung

SINGAPURA : Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Long mengumumkan jururawat yang beragama Islam dalam sektor kesihatan awam akan dibenar memakai tudung ketika menyarung seragam mulai November ini.

“Saya harap keputusan ini akan diterima semua pihak dengan semangat yang betul, dalam usaha memperkukuh iltizam bersama kita dalam masyarakat berbilang kaum dan agama di Singapura.

“Kami membuat penyesuaian dengan berhati-hati demi memastikan keharmonia kaum dan agama. Pendekatan seperti ini telah membuahkan hasil sejak bertahun-tahun.

Sementara itu, Perdana Menteri turut berkata beliau sudah pun memberitahu pemimpin Islam pada 2014 bahawa dasar kerajaan dalam sektor penjagaan kesihatan tidak bermakna ia tidak boleh diubah.

“Kami memantau secara menyeluruh dan mendapati interaksi antara kaum kekal mesra. Bukan Islam semakin terbiasa dan dapat menerima wanita Islam memakai tudung.

“Dalam banyak keadaan wanita Islam yang bertudung kebanyakannya selesa bersosial dengan lelaki dan wanita bukan Islam. Terutamanya di hospital, sesetengah staf yang tidak berseragam, memakai tudung dan kami melihat hubungan mereka dengan pesakit serta rakan begitu baik, katanya.

Dalam pada itu, Lee berkata lagi pun generasi muda Singapura kini sudah lebih menerima perbezaan agama dan kaum.

 

-BERNAMA

 

Oleh Hafeez Anuar

 

 

 

Related Articles

Back to top button