Covid19Semasa

Singapura akan menukar status covid-19 daripada pandemik kepada endemik

peraturan penyesuaian sudah dikeluarkan

SINGAPURA : Singapura sudah mengeluarkan peraturan penyesuaian untuk penduduk yang sudah divaksin Covid-19 pada Jumaat (6/8/2021), yang akan berkuatkuasa pada Selasa (10/8/2021).

Bercakap di sidang akhbar, Menteri Kesihatan Singapura Ong Ye Kung, yang merupakan ketua bersama kumpulan Covid-19, mengatakan Singapura akan memasuki fasa baru, yang disebut ‘tahap persiapan’.

Peraturan baru itu akan dimulakan pada 10 Ogos, sebagai sebahagian daripada transisi di Singapura untuk hidup dengan endemik Covid-19.

Tahap persiapan ini  dijangkakan mengambil masa sebulan hingga awal September. Waktu itu, kerajaan mengharapkan 80 peratus daripada populasi sudah divaksi, kata Ong, seperti yang dipetik daripada Today Online pada Jumaat (6/8/2021).

Tambahnya lagi, sekiranya jumlah pesakit Covid-19 yang teruk terkawal, dan sistem kesihatan Singapura tidak tertekan pada waktu itu, Singapura akan dapat pindah ke fasa transisi berikutnya.

“Ini adalah waktu kita membuka lebih banyak kegiatan ekonomi, kegiatan sosial dan perjalanan kita, maka hidup kita akan lebih normal dan mata pencarian akan lebih selamat,” ujar Ong Ye Kung.

Menteri Kewangan Singapura Lawrence Wong dalam sidang akhbar tersebut memberitahu, mulai 10 Ogos hingga seterusnya, individu yang sudah divaksin penuh akan dapat berkumpul dalam kumpulan yang terdiri daripada lima orang.

Selain itu, pertemuan dalam skala lebih besar juga akan dibenarkan, dengan syarat ia dihadiri oleh individu sudah lengkap dua dos vaksin.

“Jadi ibadah, pawagam, acara MICE, live performance sport event, akan sampai 500 orang, jika dihadiri oleh individu yang sudah lengkap divaksin,” ujar Wong pada Jumat (6/8/2021).

Mengutip kenyataan Wong dalam video Today, resepsi pernikahan boleh diadakan sehingga 250 orang dengan semua tetamu sudah divaksin penuh.

Di Singapura, seseorang akan dianggap divaksinas penuh setelah dia menerima 2 dos vaksin Pfizer-BioNTech atau Comirnaty, dan Moderna, serta vaksin lain yang diakui WHO, termasuk yang dibuat oleh Sinovac dan Sinopharm.

“Mereka boleh pergi ke gym. Mereka dapat makan di gerai makanan dan minum dalam kumpulan yang terdiri daripada lima orang, yang semuanya divaksin penuh,” kata Wong.

Anak-anak di bawah 12 tahun juga dapat bersama dalam kumpulan yang terdiri daripada lima orang tersebut untuk makan, asalkan mereka terdiri daripada keluarga yang sama.

“Kami akan memberikan konsesi khusus untuk pusat penjaja dan kedai kopi kerana tempat-tempat ini menjadi pusat tumpuan ramai,” terangnya.

Kerajaan akan mengizinkan juga individu yang divaksinas mahupun belum divaksin Covid-19 untuk makan di pusat penjaja dan kedai kopi.

Namun peraturan untuk kedai kopi itu, hanya mengizinkan dua orang dalam satu kumpulan.

Kemudian, seiring dengan meningkatnya jumlah vaksinas penduduk Singapura, Kementerian Kesihatan Singapura memaklumkan tempat umum tidak akan lagi diwajibkan bagi melakukan pemeriksaan suhu badan mulai 19 Ogos ini.

— KOMPAS

Related Articles

Back to top button