1,500 penduduk Silwan menanti detik rumah hanya tinggal sejarah!
Tidak masuk akal, penghuni diarah roboh sendiri rumah, didenda jika enggan
TEBING BARAT : Dalam tempoh tiga jam lagi bagi tempoh berita ini ditulis, nasib kejiranan Silwan di Tebing Barat kini di hujung tanduk? 1,500 orang di kawasan kejiranan ini bakal bergelar gelandangan. Pastinya perasaan sedih bukan kepalang kerana rumah yang didiami sejak dari nenek moyang akan dirampas oleh Yahudi bangsa dilaknat. Marah bukan kepalang tetapi mereka tetap cuba mempertahankan. Kini hanya detik-detik perpisahan itu sahaja yang dinanti.
Penduduk Palestin di kejiranan Silwan milik keluarga Al Bustan telah menduduki kawasan kejiranan berkenaan sejak berzaman dahulu. Namun Israel telah menggunakan taktik keji, dan zalim dengan menyatakan penduduk Palestin yang tinggal di kawasan kejiranan ini sebagai haram kerana tidak memiliki permit bangunan.
Selama 10 tahun Zionis telah menggunakan pelbagai cara untuk merampas kawasan ini untuk membina sebuah kawasan rekreasi Sehinggalah pada Jun lalu, penduduk diberi tempoh selama 21 Jun untuk merobohkan rumah mereka sendiri dan meninggalkan kawasan berkenaan.
Sehingga beberapa jam lagi, 75 keluarga diarah merobohkan rumah mereka sendiri dan gagal berbuat demikian rumah mereka akan dirobohkan Israel. Malah mereka harus membayar denda bernilai ASD$20,000.
Secara keseluruhan seramai 58,000 orang Palestin tinggal di Silwan dan pendatang Yahudi hanya seramai 1,500 orang.
Pengusiran keji Israel ini dilakukan selepas Sheikh Jarrah dan kini perkampungan bukit di Beita sedang menunggu masa dimusnahkan oleh jentolak Israel.
Semalam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu berkata, 540 penempatan haram sedang digiatkan untuk dibangunkan Yahudi yang nyata jelas haram dari sudut perundangan antarabangsa.