Semasa

Siling auditorium Wisma Dang Bandang runtuh gemparkan kakitangan awam

KOTA KINABALU : Ratusan kakitangan pelbagai agensi kerajaan melalui detik cemas selepas berlaku runtuhan pada siling auditorium tingkat 11 di Wisma Dang Bandang.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang semalam, bangunan berusia lebih 35 tahun yang menempatkan tujuh agensi kerajaan turut bergegar berikutan runtuhan berkenaan.

Runtuhan yang mengakibatkan gegaran itu menyebabkan semua pekerja di bangunan berkenaan keluar untuk berkumpul di tempat yang selamat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) daerah, Ordin Gilu berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.32 petang dan sepasukan anggota ke lokasi kejadian.

“Semua orang awam diarahkan untuk terus berada di tempat selamat dalam pekarangan bangunan berkenaan sementara pemantauan dijalankan.

“Pasukan bomba membuat pemeriksaan di sekitar kawasan kejadian dan mengarahkan pihak pengurusan bangunan untuk tidak memasuki kawasan yang terjejas sehingga mendapatkan pengesahan keselamatan struktur bangunan daripada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Bagaimanapun, tiada mangsa terlibat dan operasi ditamatkan pada jam 4.18 petang,” katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button