Sijil digital vaksinasi kini boleh dicetak guna PDF
PETALING JAYA : Orang ramai kini boleh mencetak sijil digital vaksinasi menggunakan Format Dokumen Mudah Alih (PDF) menerusi aplikasi MySejahtera.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dalam satu ciapan berkata fungsi aplikasi itu turut ditambah baik dengan menawarkan tarikh lahir individu selain membolehkan sijil digital dicetak.
New update on MySJ shows DOB and allows you to print PDF vax cert for local/foreign travels. https://t.co/SqMtJ0uTEw
— Khairy Jamaluddin ???????????? (@Khairykj) October 9, 2021
“Kemaskini terbaru di MySejahtera menunjukkan tarikh lahir dan membolehkan rakyat dan pelancong antarabangsa mencetak sijil menerusi format PDF,” ciapnya tadi.
Sementara itu, fungsi baru tersebut mendapat respon positif dari orang ramai dan mereka berterima kasih kepada Kementerian Kesihatan (KKM) berikutan menyifatkan kemaskini baharu itu memudahkan rakyat.
Bagaimanapun, difahamkan ciri terbaru itu masih tidak dapat diakses oleh segelintir rakyat khususnya bagi mereka yang menggunakan telefon bimbit jenis “android”.
Oleh Hafeez Anuar