Covid19DuniaPalestin

Setiausaha PLO sah Covid-19

Batalkan semua temu janji

PALESTIN : Setiausaha Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), Dr. Saeb Erekat, disahkan dijangkiti Covid-19.

Beliau juga Ketua Perunding Palestin sejak sekian lama, dan antara pemimpin Palestin paling menyerlah di pentas dunia.

Dalam satu kenyataan oleh Jawatankuasa Eksekutif Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) di Ramallah memaklumkan mengenai keadaan terkini kesihatan Erekat.

Twitter itu juga menyebut mengenai Jawatankuasa itu yang memohon maaf kerana terpaksa membatalkan semua temu janji beliau sehingga benar-benar pulih.

Erekat, 65, memainkan peranan penting dalam politik Palestin selama berdekad-dekad, malah sering menjadi penghubung utama bagi perutusan asing dan media antarabangsa.

Beliau juga konsisten menyuarakan sokongan terhadap penyelesaian dua negara untuk konflik Palestin-Israel.

Anak kelahiran Baitulmaqdis itu menyandang jawatan Setiausaha Agung PLO dan kekal menjadi orang kuat dalam lingkungan pentadbiran Presiden Palestin, Mahmud Abbas.

Setakat ini, Tebing Barat merekodkan lebih 39,500 kes COVID-19, termasuk 335 kematian. – AGENSI

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button