DomestikPendidikanSemasa

Sesi kedua SPM 2021 bermula April ini

Kuala Lumpur: Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 sesi kedua akan dilaksanakan pada 5 April hingga 19 Mei depan.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam kenyataan memaklumkan peperiksaan sesi kedua itu merangkumi Ujian Mendengar dan Ujian Bertutur (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris) dan Ujian Amali Sains.
Bagi calon yang tidak dapat menduduki peperiksaan yang telah dilaksanakan pada 8 Februari hingga 29 Mac, mereka akan menduduki pada sesi kedua SPM tersebut.

“Calon berkenaan adalah yang disahkan positif COVID-19, perlu menjalani tempoh kuarantin seperti diarahkan Kementerian Kesihatan (KKM), calon yang terkesan akibat banjir atau kes khas yang mendapat kelulusan Pengarah Peperiksaan,” kata kenyataan itu.

Mulai 1 April calon yang menduduki peperiksaan SPM 2021 sesi kedua diingatkan untuk menyemak, mengesahkan dan mencetak Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan yang mengandungi maklumat pusat peperiksaan ditetapkan, tarikh, masa, kod serta kertas peperiksaan.
Calon terbabit peperiksaan SPM 2021 sesi kedua itu diingatkan menyemak, mengesahkan dan mencetak Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan yang mengandungi maklumat pusat peperiksaan ditetapkan, tarikh, masa, kod serta kertas peperiksaan mulai 1 April ini.

“Semua maklumat itu boleh didapati melalui pautan https://elp.moe.gov.my atau melalui aplikasi e-Lembaga Peperiksaan yang boleh dimuat turun melalui Google Play Store.

“Jadual waktu peperiksaan SPM 2021 sesi kedua dan arahan yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan berlangsung boleh dimuat turun dari portal rasmi Lembaga Peperiksaan di http://lp.moe.gov.my pada 1 April ini.,” kata KPM.

KPM juga mengingatkan calon supaya membawa dokumen pengenalan diri dan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan yang dicetak ke pusat peperiksaan.

Bagi memastikan kelancaran pengurusan peperiksaan dan pencegahan penularan wabak Covid-19, Calon hendaklah mematuhi Garis Panduan Pengurusan Pentaksiaran Pusat dan Peperiksaan Awam yang terkandung dalam Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 3.0 yang dikeluarkan KPM selain prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara serta KKM.

Menurut jadual yang dikongsi KPM, Ujian Bertutur Bahasa Melayu dijadualkan pada 5 April diikuti Ujian Bertutur Bahasa Inggeris (6 April); Ujian Mendengar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris (pagi 7 April); Ujian Pencapaian Bahasa Antarabangsa (petang 7 April); Ujian Bertulis (11 April hingga 18 Mei) serta Ujian Amali Sains (19 Mei).

-Agensi

Oleh Azrina Amri – Wartawan Pelatih Ummah Today

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button