Semasa

Serangan zionis tanpa henti, rakyat Palestin terpaksa hidup ditemani bunyi dentuman bom

BAITULMAQDIS : Israel melakukan serangan udara di Semenanjung Gaza pada Ahad sebagai tindak balas terhadap tembakan roket Palestin ke wilayahnya.

Menurut tentera Israel, ketegangan antara Israel dan Palestin meningkat berikutan enam warga Palestin berjaya melarikan diri dari penjara Israel pada Isnin lalu. Pasukan Israel sejak itu telah menangkap empat orang tahanan.

Sebagai serangan balas kepada serangan udara Israel, tentera Palestin melancarkan roket ke rejim Israel ketika dua tahanan ditangkap dan sekali lagi pada Sabtu. Tentera Israel mengatakan bahawa ia menyerang sasaran milik Hamas, kumpulan bersenjata Islam yang memerintah Gaza.

Walau bagaimanapun,  tiada kematian dilaporkan setakat ini.

Terdahulu, gencatan senjata antara Israel dan Hamas mengakhiri pertempuran sengit selama 11 hari pada Mei lalu yang telah mengorbankan sekurang-kurangnya 250 orang Palestin.

Rakyat Palestin kini hidup dalam kesengsaraan dan sentiasa ditemani dengan bunyi serangan bom dan udara hampir setiap hari akibat kekejaman zionis Israel.

Oleh Hafeez Anuar

MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.

Klik :
http://tabunggaza.com

ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button