PalestinSemasa

Serangan zionis ke atas Masjid Al-Aqsa berterusan sepanjang Ramadan

BAITULMAQDIS: Berpuluh-puluh penceroboh yahudi menyerbu perkarangan Masjid Al-Aqsa pada pagi 28 Mac untuk hari ke-3 berturut-turut di bawah perlindungan tentera zionis israel.

Menurut sumber tempatan di Baitulmaqdis, penceroboh menyerbu pekarangan masjid melalui Pintu Mughrabi, diiringi pasukan tentera israel.

Pada hari Isnin, 27 Mac, sekurang-kurangnya 98 penceroboh memasuki masjid melalui Pintu Mughrabi di bawah pengiring polis israel. Penceroboh melakukan ritual Talmud dan mengenakan sekatan pergerakan serta kemasukan Palestin ke tapak suci itu.

Langkah keras ini adalah sebahagian daripada dasar kebiadaban israel yang mengganggu jemaah Palestin di Masjid Al-Aqsa semasa bulan Ramadan pada setiap tahun atas alasan ‘keselamatan’ penganut yahudi.

Pencerobohan israel ke tapak suci adalah sangat kerap dan berlaku pada setiap minggu dan hampir setiap hari.

Keganasan israel juga semakin meningkat di Tebing Barat yang diduduki, dan mengakibatkan ramai yang terkorban.

BACA JUGA
Lagi korban di bulan Ramadan di Tebing Barat

Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.

Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.

Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin  sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.

Klik:
www.tabunggaza.com

ATAU menerusi

Akaun Maybank

Tabung Kemanusiaan MAPIM (Dana MAPIM):
5622 6354 0066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button