PalestinSemasa

Serangan udara israel ragut 7 kanak-kanak di Semenanjung Gaza

GAZA: Pesawat pengganas israel dengan rakus terus mengebom beberapa lokasi di Semenanjung Gaza yang dikepung dan mengorbankan ramai umat Islam di Palestin untuk hari ke-3.

Kementerian Kesihatan di sana melaporkan angka korban meningkat kepada 25 orang, selepas beberapa insiden serangan rejim ke atas Gaza.

Serangan zionis yang turut menyasarkan kanak-kanak merekodkan ramai mangsa yang syahid, Liyan Madoukh, 10, terbunuh dan yang lain cedera dalam serangan udara di kawasan kejiranan Tuffah di bandar Gaza.

Liyan Madoukh, kanak-kanak 10 tahun korban pengganas israel
Kredit Foto Twitter Times of Gaza

Terdahulu, sebuah pesawat pejuang melepaskan dua peluru berpandu di tapak timur Rafah, di selatan Semenanjung Gaza, membunuh 2 orang dan mencederakan 9 yang lain.

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 16 tahun turut meninggal dunia akibat kecederaan kritikal yang dialaminya semasa serangan udara israel ke atas rumah keluarganya di bandar Beit Hanoun, di utara Semenanjung Gaza.

Pesawat pengganas juga menembak peluru berpandu di timur Khan Yunis, di selatan Semenanjung Gaza, dan di dua tapak barat bandar Beit Lahiya, di utara Semenanjung, menyebabkan kemusnahan besar kepada rumah serta harta benda penduduk.

Serbuan sebelum ini menyasarkan tapak di barat Beit Lahiya, mencederakan 2 kanak-kanak, yang dipindahkan ke hospital.

Seorang pemuda, Mohammad Youssef Abu Taima, 25, terbunuh dan seorang lagi cedera parah dalam serangan dron sebelum ini ke atas sekumpulan petani di timur bandar Abasan, timur Khan Yunis, bertepatan dengan serangan peluru berpandu dari pesawat perang di dua lokasi lain di bandar.

Pencerobohan israel ke atas Gaza berterusan sejak semalam, menyebabkan 25 maut, termasuk lima kanak-kanak, empat wanita, dan kira-kira 64 yang lain cedera, serta menyebabkan kemusnahan besar di pelbagai lokasi di Semenanjung Gaza.

Selain Jordan, Mesir, Qatar, Türkiye, Liga Arab dan beberapa badan serantau, setakat ini tiada respon daripada negara-negara Islam lain yang mengecam serangan zalim israel ke atas Gaza malah pengguna media sosial seakan-akan mengalihkan pandangan terhadap keganasan yang berlaku ketika ini.

Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.

Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.

Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin  sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.

Klik:
www.tabunggaza.com

ATAU menerusi
Akaun Maybank Dana MAPIM:
5622 6354 0066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button