Serangan udara Israel ke khemah di halaman hospital yang sesak di tengah Gaza, membunuh dua rakyat Palestin dan mencederakan 15 lagi, termasuk wartawan yang bekerja berhampiran.
Seorang wartawan Associated Press merakamkan serangan dan akibatnya di Hospital Syahid al-Aqsa di Deir al Balah, di mana beribu-ribu orang telah berlindung selepas meninggalkan rumah mereka di tempat lain di wilayah yang dilanda perang. Orang ramai termasuk wanita dan kanak-kanak berselerak dan menjerit.
Berpuluh-puluh ribu orang telah mencari perlindungan di hospital Gaza sejak permulaan perang hampir enam bulan lalu, yang dilihat agak selamat daripada serangan udara.
Israel menuduh Hamas dan kumpulan bersenjata lain beroperasi di dalam dan sekitar kemudahan perubatan, dan tentera telah menyerbu beberapa hospital.
SUMBER: AP