Dunia

Serangan masjid di Nigeria ragut 9 nyawa

KANO : Kejadian serangan di sebuah masjid di Niger, utara Nigeria telah mengorbankan sekurang-kurangnya sembilah jemaah, manakala puluhan lagi mengalami kecederaan.

Pesuruhjaya Polis Niger, Bala Kuryas mengesahkan kejadian itu yang berlaku di perkampungan Ba’are di Kawasan Kerajaan Tempatan Mashegu, lapor Agensi Anadolu.

“Anggota keselamatan sudah dikerahkan ke lokasi untuk melindungi nyawa orang ramai dan harta benda dalam komuniti berkenaan,” kata Kuryas.

Susulan itu, polis melancarkan gerakan memburu penyamun disyaki melakukan serangan berkenaan.

Serangan dilaporkan berlaku ketika penduduk kampung terbabit menunaikan solat subuh di masjid itu.

Saksi, Ahmad Yau, berkata mangsa yang cedera telah dibawa ke Hospital Besar Kontagora untuk rawatan lanjut.

Untuk rekod, kejadian sama berlaku di sebuah masjid di perkampungan Mazakuka di mana penyamun menembak mati 18 jemaah, kurang dua bulan sebelum kejadian tersebut.

– BERNAMA

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button