PalestinSemasa

Serangan israel di Gaza bunuh lebih 80 anggota: Pertahanan Awam Palestin

Sekurang-kurangnya 82 anggota pertahanan awam telah terkorban dan lebih 720 yang lain cedera dalam serangan israel di seluruh Gaza sejak 7 Oktober tahun lalu, kata agensi tersebut.

Tentera israel secara rutin mensasarkan kemudahan dan kenderaan pertahanan awam semasa serangan mereka terhadap enclave Palestin itu, kata kenyataan agensi itu.

Agensi tersebut menuduh Israel secara sengaja menghalang usaha kemanusiaan yang bertujuan menyelamatkan nyawa dan melindungi orang awam.

Menurut agensi itu, pasukan pertahanan awam telah berjaya mengeluarkan 35,000 mayat , manakala kira-kira 10,000 orang masih terperangkap di bawah runtuhan.

Ia berkata kekurangan bahan bakar dan serangan israel menghalang pasukan pertahanan awam daripada memberi bantuan kepada ribuan panggilan kecemasan.

israel telah menjatuhkan kira-kira 85,000 tan bahan letupan di Gaza, memusnahkan lebih 80 peratus infrastruktur bandar dan 90 peratus infrastruktur umum, kata Agensi Pertahanan Awam.

“Kira-kira 17 peratus daripada bahan letupan ini masih tidak meletup,” katanya.

SUMBER : TRT World

Related Articles

Back to top button