PalestinSemasa

Serangan dron di timur laut Jordan bunuh 3 tentera AS 

Tiga anggota tentera AS terbunuh dan ramai yang cedera akibat serangan dron ke atas kem AS di timur laut Jordan berhampiran sempadan Syria, kata Presiden Joe Biden sambil menyalahkan kumpulan yang disokong Iran atas serangan itu.

“Kami masih mengumpul bukti mengenai serangan ini, kami tahu ia dilakukan oleh kumpulan militan radikal yang disokong Iran yang beroperasi di Syria dan Iraq,” kata Biden dalam satu kenyataan pada Ahad.

Ini adalah kematian pertama tentera AS di rantau itu sejak perang bermula di Gaza. Biden berkata, serangan itu berlaku pada malam Sabtu.

“Kami akan meneruskan komitmen untuk memerangi keganasan,” kata Biden dalam kenyataannya yang dikeluarkan oleh Rumah Putih.

Kenyataan Biden tidak menyebut berapa ramai tentera yang cedera tetapi CNN berkata sekurang-kurangnya dua dozen anggota tentera cedera dalam serangan itu.

Seorang pegawai AS memberitahu Reuters bahawa kira-kira 34 kakitangan sedang dipantau untuk kemungkinan kecederaan otak traumatik.

Pentagon masih belum mengeluarkan butiran mengenai jenis kecederaan yang dialami, tetapi kecederaan otak traumatik adalah kejadian biasa selepas letupan besar.

Sementara itu, jurucakap kerajaan Jordan berkata pada hari Ahad bahawa serangan ke atas tentera Amerika bukan di bumi Jordan tetapi di Syria.

Muhannad al Mubaidin memberitahu berita Jordan al Mamlaka bahawa serangan itu mensasarkan pangkalan AS Al Tanf di Syria.

SUMBER: REUTERS

 

Related Articles

Back to top button