HEBRON: Seorang warga Palestin meninggal dunia pada Jumaat selepas cedera sehari sebelumnya dalam pertempuran dengan tentera israel di selatan Tebing Barat yang diduduki, kata seorang pegawai hospital Palestin.
Mohammed Ismail Jawabreh, 22, meninggal dunia selepas ditembak di kepala pada Khamis “semasa pertempuran dengan tentera penjajah” di kem Al-Aroub di utara Hebron, kata pegawai di hospital Al-Ahly di bandar itu.
Kementerian kesihatan Palestin berkata, “Dua rakyat Palestin cedera parah akibat tembakan pada hari Jumaat di bandar Qusra Palestin, di utara Tebing Barat.
Palestinian young man Mohammad Jawabreh (22 y/old) succumbs to his wounds sustained in lsraeli gunfire yesterday in Hebron. pic.twitter.com/icRXxlCDlE
— TIMES OF GAZA (@Timesofgaza) February 24, 2023
Agensi berita Palestin, Wafa melaporkan, peneroka israel menyerang rumah orang awam di selatan bandar itu, mendorong penduduk untuk mempertahankan diri, dan kedua-dua rakyat Palestin itu cedera dalam pertempuran.
Jurucakap tentera memberitahu AFP bahawa selepas laporan konfrontasi ganas antara Palestin dan israel bersebelahan dengan bandar Qusra, askar tiba di tempat kejadian dan bertindak balas bagi meleraikan pertempuran.
“Kami mengetahui laporan mengenai rakyat Palestin yang telah dipindahkan ke hospital akibat luka ditembak,” tambah jurucakap itu.
Sejak awal tahun ini, konflik israel-Palestin telah meragut nyawa 62 orang dewasa dan kanak-kanak Palestin, termasuk militan serta orang awam.
Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.
Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.
Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.
Klik:
www.tabunggaza.com
ATAU menerusi
Akaun Maybank
Tabung Kemanusiaan MAPIM (Dana MAPIM):
5622 6354 0066
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia