Semasa

Seorang wanita tidak boleh senyum kerana hidap penyakit luar biasa

WELLINGTON : Menurut New York Post, seorang wanita New Zealand dilahirkan dengan penyakit luar biasa yang menghalangnya daripada tersenyum.

Tayla Clement, 24, menghidap sindrom Moebius, iaitu keadaan neurologi yang menjejaskan otot yang mengawal emosi muka dan pergerakan mata.

Clement telah menghabiskan seluruh hidupnya dengan tidak dapat menggerakkan mata, mengangkat kening, atau menggoyangkan bibir atasnya akibat keadaan itu.

“Ia tidak selalunya mudah.

“Saya menghabiskan bertahun-tahun membenci senyuman saya, berharap saya mempunyai senyuman ‘biasa’ dan berharap diri saya tidak wujud. Namun, dengan beberapa keajaiban, saya masih di sini,” kata wanita itu yang juga merupakan seorang atlet.

Walaupun tiada rawatan untuk sindrom Moebius, simptomnya boleh diuruskan.

Clement telah menjalani pembedahan senyuman ketika berusia 12 tahun, di mana pakar perubatan memindahkan tisu lembut dari pahanya ke mukanya untuk memulihkan senyumannya.

Pembedahan itu bagaimanapun gagal, menyebabkan Clement mengalami muka lebam dan bengkak.

Kerana ‘rupanya yang pelik’, dia akhirnya menjadi mangsa buli.

Akibatnya, Clement telah didiagnosis dengan kemurungan yang teruk pada usia 18 tahun.

Wanita itu kemudian bersara daripada dunia sukan dan kini menyertai syarahan awam bagi memberikan  inspirasi kepada orang lain yang mengalami kelainan wajah dan sindrom serupa.

“Menjadi sumber inspirasi, pemerkasaan dan harapan kepada  orang lain adalah sangat menakjubkan,” kata bekas atlet   itu  yang mendokumentasikan perjalanan hidupnya buat 18,500 pengikutnya di laman Instagram.

Oleh Ummi Fatihah wartawan pelatih UiTM

Related Articles

Back to top button