MALATYA : Seorang ibu Yaman yang melarikan diri dari perang di negara asalnya telah melahirkan seorang bayi perempuan sepuluh jam selepas diselamatkan dari rumahnya yang dilanda gempa bumi di Turkiye.
Faten Al Yousifi, yang hamil 39 minggu, telah menyediakan beg yang tersedia dengan peralatan bayi apabila gempa bumi melanda rumahnya di Malatya, sejurus selepas jam 4 pagi Isnin lalu.
Selepas sepuluh jam berada di bawah runtuhan, dia ditarik oleh rakan keluarga, Hisham, dan pekerja penyelamat.
Dia dikejarkan ke hospital di mana doktor menjalankan pembedahan untuk melahirkan bayi perempuannya Loujain, yang bermaksud “perak” dalam bahasa Arab.
Drone footage shows before and after scenes from the Turkish province of Kahramanmaras, the epicentre of the two deadly earthquakes that struck Türkiye and Syria, where the combined death toll currently nears 42,000#TurkiyeQuakes pic.twitter.com/VUfQ0iMOyL
— TRT World (@trtworld) February 17, 2023
Angka kematian akibat gempa bumi Turkiye dan Syria kini menghampiri 44,000.
Pihak berkuasa Turkiye berkata sekurang-kurangnya 38,044 orang telah terbunuh di negara itu. Kerajaan Syria dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pula melaporkan lebih 5,800 orang telah meninggal dunia di Syria.
Bagi anda yang ingin turut serta dalam Misi Bantuan Kecemasan Gempa Turkiye – Syria, boleh terus menyalurkan sumbangan menerusi
Tabung Kemanusiaan MAPIM
Akaun Maybank : 5622 6354 0066
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia