Semasa

Seorang remaja ditarik tanpa sebarang kecederaan daripada runtuhan bangunan di bandar Gaziantep

GAZIANTEP : Seorang remaja diselamatkan tanpa sebarang kecederaan daripada runtuhan bangunan di bandar Gaziantep di Turkiye awal Jumaat, empat hari selepas gempa bumi dahsyat itu melanda.

Pasukan penyelamat menarik Adnan Muhammed Korkut dari ruangan bawah tanah yang telah terperangkap sejak gempa pada Isnin.

Remaja berusia 17 tahun itu tersenyum melihat kerumunan rakan dan saudara mara yang melaungkan namanya, bertepuk tangan dan menangis kegembiraan ketika dia dibawa keluar kemudian diletakkan di atas usungan.

“Alhamdulillah kamu tiba,” katanya sambil memeluk ibunya dan orang lain yang menunduk untuk mencium serta memeluknya ketika dia dimasukkan ke dalam ambulans.

“Terima kasih semua.”

Terperangkap selama 94 jam, tetapi tiada kecederaan, remaja itu berkata dia telah terpaksa minum air kencingnya sendiri untuk menghilangkan dahaga.

“Saya mampu bertahan dengan cara itu,” katanya.

“Saya mempunyai seorang anak lelaki seperti kamu,” seorang pekerja penyelamat, yang hanya dikenali sebagai Yasemin, memberitahunya selepas memberinya pelukan hangat.

Isnin lalu, gempa bumi melanda tenggara Turkiye pada jam 4.17 pagi waktu tempatan, diikuti dua gempa susulan yang melanda wilayah Gaziantep.
Setakat ini dilaporkan kejadian itu meragut lebih 21,719 nyawa di Turkiye dan Syria.
MISI BANTUAN KECEMASAN GEMPA TURKIYE – SYRIA

Bagi anda yang ingin turut serta dalam Misi Bantuan Kecemasan Gempa Turkiye – Syria, boleh terus menyalurkan sumbangan menerusi

Tabung Kemanusiaan MAPIM

Akaun Maybank  : 5622 6354 0066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button