Seorang pemuda selamatkan kanak-kanak terperangkap dalam kebakaran jadi inspirasi
ARIZONA : Dua kanak-kanak dipercayai terperangkap dalam kebakaran rumah di Arizona, Amerika Syarikat, dan seorang lelaki sanggup mengorbankan nyawanya untuk memastikan keselamatan mereka.
Lapor media antarabangsa, Sky News melaporkan, sewaktu kejadian berlaku, seorang lelaki yang sedang melalui kawasan menyedari kejadian kebakaran. Selepas mendengar jeritan dua kanak-kanak tersebut, lelaki itu terus bertindak tanpa membuang masa.
Walaupun anggota bomba dan polis dihantar ke tempat kejadian dengan pantas selepas kebakaran di sebuah unit pangsapuri di Mesa, usaha berani lelaki itu berjaya menyelamatkan nyawa kedua-dua mangsa.
Menurut laporan Sky News, kanak-kanak yang terperangkap itu masing-masing berusia dua dan enam tahun.
Anggota polis cuba memecah tingkap rumah dengan membaling batu, tetapi lelaki itu bertindak lebih agresif, memanjat pagar dan memecahkan kaca dan bingkai tingkap sebelum memasuki tempat yang dipenuhi dengan kepulan asap kuat.
Lelaki berkenaan sempat menjerit bahawa terdapat dua kanak-kanak dan memanggil anggota bomba ke tingkap untuk menurunkan mangsa.
Menurut anggota bomba dan polis, tindakan pantas lelaki itu adalah “sangat murni.”
Lelaki itu pula tidak mahu identitinya didedahkan kepada umum.
Kanak-kanak dan empat penyelamat dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut, selepas terhidu asap tebal,
-AGENSI