PalestinSemasa

Seorang pemuda Palestin terbunuh selepas ditembak di dada oleh tentera Israel

Oleh Khairulanwar Dahlan – Wartawan Pelatih Ummah Today

TUBAS: Seorang pemuda Palestin maut selepas ditembak tentera Israel pada pagi Rabu di kem pelarian al-Fara’a berhampiran bandar Tubas, Tebing Barat.

Kementerian Kesihatan Palestin dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa Younis Ghassan Tayeh, 21, terbunuh selepas tentera Israel secara kejam menembaknya di bahagian dada dalam serbuan tentera ke atas kem pelarian.

Pertempuran berlaku ketika rejim Zionis menceroboh masuk beberapa buah rumah dan melepaskan bom bunyi dan gas pemedih mata selain beberapa tembakan kedengaran.

Agensi berita rasmi Palestin WAFA memaklumkan pihak Israel turut menahan beberapa orang pemuda di bandar tersebut.

Related Articles

Back to top button