DuniaSemasa

Pelarian Syria akhirnya terima kerakyatan Kanada setelah berbulan hidup di KLIA

KUALA LUMPUR: Seorang pelarian Syria dikatakan tinggal di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selama tujuh bulan pada 2018, kini mendapat kewarganegaraan Kanada.

Hassan Al Kontar mengangkat sumpah semalam dalam satu majlis kewarganegaraan maya dari bilik hotelnya, menandakan satu kejayaan yang ditunggu-tunggu dalam hidupnya selepas bertahun-tahun tiada hala tuju.

“Hari ini saya tidak lagi tidak bernegara,” kata pekerja kes Palang Merah Kanada berusia 41 tahun itu kepada Al Jazeera dalam temu bual telefon sebelum majlis kewarganegaraannya semalam.

Dalam laporan Al Jazeera, Al Kontar berkata perjuangannya yang panjang untuk mencari perlindungan akhirnya terbukti. Bagaimanapun, dia turut merenung pengorbanan yang dilakukannya untuk sampai ke tahap ini.

“Untuk ini, saya kehilangan negara yang musnah. Saya tidak dapat berada di sana untuk ayah saya ketika dia amat memerlukan saya atau berada di sisinya apabila dia meninggal dunia.

“Saya menonton perkahwinan abang saya melalui Skype ketika saya terperangkap di lapangan terbang. Saya dipenjarakan dan berdepan dengan sistem perkauman,” kata Al Kontar kepada pertubuhan berita antarabangsa itu.

Sejak tiba di Kanada pada akhir 2018, dia telah berusaha untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan dan mengatasi banyak halangan sebagai pendatang baru di negara baharu.

Al Kontar dapat membantu keluarganya melarikan diri dari Syria dan  tinggal di Mesir sejak empat bulan lalu.

“Saya berharap dapat berjumpa dengan mereka secepat mungkin. Pada masa hadapan, saya akan membawa mereka tinggal di Kanada.” katanya.

Al Kontar bekerja di Emiriah Arab Bersatu pada 2011 apabila perang saudara meletus di negara asalnya Syria. Dia enggan kembali untuk draf ketenteraan wajib dan menjadi gelandangan tanpa visa.

Al Kontar akhirnya dihantar pulang ke Malaysia pada akhir 2017, dan kemudiannya mendapati dirinya terperangkap di KLIA.

Pada tahun berikutnya, bekas pengurus pemasaran insurans itu mencetuskan berita antarabangsa selepas dia menceritakan pengalamannya tinggal di KLIA, berkongsi pengalaman pahitnya tanpa kerakyatan dan menceritakan kesusahan yang terjadi kepada berjuta-juta pelarian Syria yang kehilangan tempat tinggal seperti dirinya.

BACA JUGA
Syria umpama kem ‘penjara udara terbuka’ kanak-kanak

MAPIM Malaysia menjemput sahabat peduli Ummah untuk sama menjayakan Misi Bantuan Kemanusiaan Syria. Justeru berikut bantuan terdesak yg diperlukan:

– RM250 bantuan selimut
– RM600 saham wakaf rumah pelarian
– RM500 bantuan ubat-ubatan
– RM250 bantuan food pack 1 bulan
– RM250 bantuan alat pemanas
– RM500 wakaf saham bina sekolah #40
– RM500 bantuan kitchen/kilang roti MAPIM
____
2 CARA MENYUMBANG
KE DANA BANTUAN KECEMASAN
MISI RESCUE SYRIA (MAPIM)
_____
1. Saudara yg prihatin boleh terus menyumbang melalui bank pilihan secara online (FPX):

INFAQ SEKARANG ▶️ www.rayuansyria.com

ATAU

2. Salurkan Sumbangan
Menerusi Maybank
SYRIA EMERGENCY APPEAL (DANA MAPIM)
Akaun No : 562834636987

 

Related Articles

Back to top button