DuniaSemasa

Seorang maut dalam letupan periuk api di Hama

HAMA : Seorang penduduk awam mati syahid dalam satu insiden letupan periuk api yang ditinggalkan kumpulan pengganas di sekitar perkampungan al-Zara di selatan Hama.

Menurut laporan berita SANA, letupan berlaku ketika seorang penduduk tempatan sedang membajak tanah di kebun miliknya di kawasan pedalaman Hama.

Letupan itu dikatakan berpunca daripada periuk api yang ditinggalkan oleh puak pengganas sehingga meragut nyawa.

Terdahulu, sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh sejak awal November akibat bahan letupan yang ditinggalkan ketika perang di Syria.

Menurut badan pemantau hak asasi, Observatorium Syria yang berpangkalan di Britain, 19 orang awam Syria termasuk lapan kanak-kanak dan tiga wanita terbunuh.

Semuanya disebabkan sisa letupan perang sejak awal November ini, di wilayah Idlib, Aleppo, Quneitra, Daraa, Hama dan Homs.

Pemantau Periuk Api memaklumkan, pada bulan November, Syria mencatatkan angka korban tertinggi buat kali pertama sejak laporan tahunannya bermula pada 1999, dengan 2,729 mangsa sama ada terbunuh atau cedera.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), di seluruh Syria, satu daripada tiga penempatan berpenduduk dianggap tercemar oleh bahan letupan.

 

Related Articles

Back to top button